Mendidik Anak Agar Cemerlang


Pendidikan AnakDalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Semua ibu bapak di dunia ini mempunyai satu impian yang sama yaitu ingin melihat anaknya menjadi orang yang berjaya dan cemerlang yang

artinya:Keindahan,Keelokan,Kegemilangan,Kecerdasan (otak),Kejayaan dll.
Sedangkan anak adalah Zuriat dan cahaya mata yang akan mewarisi kehidupan Ibu dan Bapak didunia ini apabila kita menemui panggilan Sang ILAHI.
Anak akan mewarisi diri,harta dan martabat kita.Anak yang berjaya dan cemerlang mempunyai kemungkinan yang besar untuk berjaya memikul tanggung jawab sebagai pewaris kita nantinya.
Oleh karena itu kita harus memberikan segenap perhatian untuk melahirkan anak yang berjaya dan cemerlang.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat (4) tahap mendidik anak yaitu:
1.Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana hewan menjaga anak.
2.Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
3.Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
4.Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.


JANGAN LEWATKAN